Thursday 25 April 2013



KITAR SEMULA.
PENGENALAN

Kewujudan industri kitar semula memberi peluang keemasan kepada usahawan dan bakal usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Industri ini berbeza dengan industri lain kerana ia
Melibatkan rantaian perniagaan bahan yang telah digunakan untuk menghasilkan barangan yang baru.
Amnya dua bentuk pertama perniagaan kitar semula iaitu aktiviti berkaitan dengan pengumpulan dan
dan pemprosesan bahan kitar semula untuk menghasilkan barangan baru. Dalam aktiviti pertama, usahawan kitar semula bukan sahaja mendapat bekalan dari rumah dan premis perniagaan tetapi juga
melalui pembekal yang mengumpul bahan tersebut secara kecilan, dan menghantar ke pusat pengumpul  dengan motorsikal , lori kecil, van mahupun kereta. Aktiviti kedua pula melibatkan sumber yang lebih besar kerana ia memerlukan mesin dan juga kepakaran. Ini biasanya dikendalikan oleh syarikat besar.

Dari segi aspek pengurusan alam sekitar, aktiviti kitar semula menyumbang kepada kebaikan alam sekitar kerana aliran bahan mentah dan sisa pepejal boleh dikurangkan apabila bahan dikitar semula.
Saban hari ada saja isu-isu yang berkaitan dengan sisa pepejal dilaporkan di dada akhbar dan disiarkan di televisyen dan juga radio. Ini termasuklah rungutan orang ramai mengenai bau busuk sampah-sarap, sampah yang tidak dikutip oleh Pusat Berkuasa Tempatan (PBT), pusat pelupusan haram dan juga isu pepejal toksik yang merbahaya

DEFINISI
Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.
Selain daripada itu,kitar semula juga boleh didefinisikan sebagai suatu proses untuk mendapatkan bahan yang boleh digunakan semula daripada sisa-sisa pembuangan yang menyebabkan pencemaran ataupun dengan erti kata lain kitar semula ialah proses untuk mengubah bahan yang menjadi sisa kepada suatu sumber yang mendatangkan nilai . Antara bahan-bahan yang boleh dikitar semula ialah kertas, kaca, plastik dan logam. Kitar semula adalah penting untuk kita dan juga alam semula jadi di muka bumi. Disebabkan jumlah pembuangan sisa yang semakin banyak kita perlu bertindak cepat supaya muka bumi ini tidak terdedah kepada ancaman yang lebih bahaya.



ISU-ISU SEMASA
Alam wujud dalam keadaan seimbang, tetapi keadaan ini kini terjejas akibat pembangunan dan pertambahan penduduk. Kita membuang banyak sampah setiap hari dan 95% dilonggokkan di tapak pelupusan sampah. Kitar semula bahan buangan adalah salah satu cara untuk mengurangkan sisa buangan dan seterusnya mengurangkan penggunaan ruang untuk menempatkan sampah sarap. Amalan kitar semula perlu digalakkan untuk melahirkan masyarakat mesra alam. Kesedaran akan kepentingan kitar semula harus dipertingkatkan dan diperluaskan. Menjadikan alam tempat yang selesa dan bersih adalah tanggungjawab kita terhadap generasi yang akan datang.
Kitar semula dapat diterangkan melalui konsep 3R iaitu  Reduce (Kurang), Reuse (Guna semula), dan  Recycle (Kitar semula) yang merupakan suatu konsep yang diperkenalkan sejak sedekad yang lalu. Ia terhasil kerana melihatkan keadaan bumi yang dicemari sampah- sarap yang merata-rata akibat penggunaan sesuatu jenis barangan tanpa had. Reduce (kurangkan) bermaksud mengurangkan  penggunaan  sesuatu jenis barangan. Kita boleh mengurangkan pelbagai jenis barang seperti  elektrik, air , kertas dan sebagainya. Jika  kita tidak mengamalkan konsep ini, sudah tentu barang ini akan memenuhi bumi ini jika tiada tindakan untuk mengatasi masalah ini. Reuse (guna semula) diamalkan apabila sesuatu barang itu tidak boleh dihapuskan ataupun masih baik keadaannya.

Antaranya kita boleh  mengguna semula botol plastik, kotak, tayar lama, kain buruk dan sebagainya. Jika kita mengamalkan konsep  Reuse dalam kehidupan seharian, kos untuk perbelanjaan harian kita berkurang dan kita  dapat menikmati hasilnya. Kitar semula  ialah suatu istilah yang selalu kita dengar setiap hari. Pelbagai pihak  menggalakkan  masyarakat supaya mengitar semula barangan yang boleh dikitar semula.


SEBAB-SEBAB MENGAPA PERLUNYA KITAR SEMULA
 Kenapa kita perlu kitar semula? Kita perlu kitar semula agar  sesuatu jenis barang itu tidak melebihi had dan akhirnya menjadi sampah yang tentunya menyakitkan mata kita. Di samping itu , kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa. Hal ini kerana :
  • Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa .
  • Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa .
  • Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).
  • Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.


KEPENTINGAN KITAR SEMULA
Kitar semula terdapat beberapa kepentingan . Kepentingan kitar semula terbahagi kepada dua bahagian iaitu kepentingan terhadap alam sekitar dan juga kepentingan terhadap manusia . Antara kepentingan kitar semula terhadap alam sekitar ialah :
·         Membantu mengurangkan  pencemaran daripada sisa pepejal .
·         Mengurangkan keperluan terhadap  bahan mentah. Maka sumber asli  dapat disimpan dan dikekalkan .
·         Membantu mengekalkan pemeliharaan  dan pemuliharaan alam semula jadi .
·         Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.
·         Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar semula  dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan.
·         Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya  memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi.

Antara kepentingan kitar semula terhadap manusia pula ialah :

·         Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi baru. Ini kerana penggunaan bahan mentah  dapat dikurangkan dan menggunakan tenaga yang sedikit  berbanding dengan pemprosesan sumber asli .
·         Mengurangkan belanjawan kewangan.  Penghasilan produk daripada bahan mentah  lebih tinggi berbanding hasil kitar semula .
·         Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.
·         Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.
·         Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang.


PERANAN KERAJAAN DAN NGO DALAM MENJAYAKAN KEMPEN KITAR SEMULA

Amalan kitar semula adalah tanggungjawab sume lapisan masyarakat tidak kira agama , bangsa ataupun darjat . Begitu juga dengan pihak kerajaan dan NGO sendiri . Mereka juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan dan idea dalam menjayakan kempen kitar semula ini . Sebagai contoh , Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) telah menyediakan beberapa pusat kitar semula untuk kegunaan orang ramai. Proses yang lain akan dijalankan oleh pihak-pihak tertentu. Di sinilah tempat di mana kita boleh membawa sejumlah besar barangan yang untuk dikitar semula . Selain daripada pengumpulan barang-barang yang dikitar semula, terdapat juga pusat-pusat jualan yang dibuka untuk membeli barangan terpakai dan ini dikendalikan oleh beberapa NGOs yang membantu mempromosikan program kitar semula ini. Contohnya, pakaian terpakai seperti baju, seluar, kasut, buku, majalah dan sebagainya .
Seharusnya, sesebuah komuniti perlu bermula dengan pengurangan sampah. Ramai pakar dalam bidang ini menyatakan, kitar semula sahaja tidak mencukupi. Ini kerana, peratusan sampah yang dihasilkan sentiasa bertambah dari tahun ke tahun. Maka, kita perlu mencari beberapa kaedah lain yang mampu membantu mengurangkan jumlah sampah yang dihasilkan. Pastinya, pengurangan sumber sampah dan penggunaan semula barangan tersebut antara langkah alternatif yang boleh dilakukan.

Dalam keadaan ekonomi negara dan dunia yang tidak menentu, juga suasana iklim dunia yang semakin mencabar, maka program kesedaran alam sekitar perlu disuburkan dalam masyarakat dengan memberikan perhatian kepada program kitar semula.Dalam pada itu, penglibatan anak-anak dalam program kitar semula adalah sangat penting kerana juga dapat membantu kerajaan membantu mempromosikan kempen tersebut. Kitar semula adalah mudah dan semua orang dapat melakukannya.


Statistik kitar semula

Di Malaysia dianggarkan lebih 23,000 tan sampah dihasilkan setiap hari pada tahun 2011 dan dijangka meningkat menjadi 30,000 tan pada tahun 2020(Berita Harian, 18 Julai, Isnin 2011). Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT, 1988) dianggarkan pada tahun 2015 dengan populasi rakyat Malaysia sebanyak 31,773, 889 orang dengan jumlah sisa pepejal berjumlah 7.7 juta tan setahun. Jumlah ini akan terus meningkat sebanyak 9 juta tan setahun dengan populasi Malaysia pada waktu itu hampir 36 juta orang (Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan , 1988 Jadual 2.5 dipetik dalam Latifah Abd Manaf “Aplikasi Sistem Pintar dalam Pengurusan Sisa Pepejal, 2011).
Persidangan Dewan Rakyat diberitahu bahawa sisa pepejal yang dihasilkan penduduk Malaysia akan meningkat dari tahun ke tahun dengan jangkaan mencecah 30,000 tan sehari menjelang tahun 2020.Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin berkata, dokumen Rancangan Malaysia Kesembilan menyatakan bahawa kadar kitar semula rakyat Malaysia adalah lima peratus setahun.Sementara Pelan Strategik Kebangsaan Mengenai Sisa Pepejal (2005) pula memaklumkan kadar kenaikan tahunan kitar semula penduduk Malaysia dianggarkan satu peratus setahun. Ini menjadikan jangkaan kadar kitar semula penduduk Malaysia pada tahun 2020 adalah sebanyak 22 peratus. Sehubungan itu,  kerajaan berpendapat program 3R iaitu mengurang, mengguna semula dan mengitar semula menjadi strategi utama bagi menangani jumlah sisa pepejal yang semakin bertambah di negara ini. Kementerian akan terus komited untuk meneruskan program ini dengan menyediakan peruntukan tahunan bagi perolehan tong-tong kitar semula, mengadakan kempen-kempen kesedaran dan pembinaan pusat-pusat kitar semula di kawasan pihak berkuasa tempatan yang terlibat.
Hasil kajian mendapati aktiviti kitar semula oleh penduduk bandar miskin Jakarta dapat mencipta perniagaan kitar semula yang menjanjikan pulangan bulanan antara 99,960,000,000 rupiah (RM33 juta)
sehingga boleh mencecah 200,940,000,000 rupiah (RM66juta) kepada penduduk Jakarta. Manakala dari segi perspektif alam sekitar , ianya dapat mengurangkan sisa pepejal secara signifikan iaitu sebanyak 390-800 kg seorang setiap bulan atau sama juga 132,600-272,000 tan untuk seluruh Jakarta. Bayangkanlah berapa banyak yang mereka mampu sumbangkan kepada kitar semula jika
keseluruhan bandar besar lain di Indonesia diambil kira. Seterusnya, kajian analisis pengurusan sisa pepejal di pemukiman berpendapatan tinggi dan rendah di dua daerah iaitu di Kelapa Gading dan Warakas, di Jakarta (2010). Kajian tersebut menjelaskan faktor utama yang mendatangkan permasalahan di Indonesia adalah jumlah penduduk yang ramai.

Berikut merupakan bilangan syarikat kitar semula yang terdapat di Malaysia :-

  NEGERI  
  JUMLAH  
 Perlis
     0
 Kedah
     0
 Pulau Pinang 
    32
 Perak
     6
 Selangor
    59
 Negeri Sembilan 
     5
 Melaka
     3
 Johor
    12
 Pahang
     1
 Terengganu
     2
 Kelantan
     5
 Sabah
     3
 Sarawak
    10
 Kuala Lumpur
    27
 JUMLAH KESELURUHAN 
   165
                                                        
 Dengan adanya syarikat-syarikat ini, proses kitar semula dapat dilakukan dengan lebih teratur dan sistematik dengan bantuan kelengkapan yang serba lengkap dan terkini.









PENUTUP
Sekiranya anda tahu bagaimana untuk mengitar semula, ianya akan menjadi lebih mudah dan senang. Langkah awal kitar semula yang efisien adalah dengan mengetahui jenis barang yang dibeli dan cara untuk mengitarnya semula.

Kitar semula mengikut jenis barang
Banyak barang yang boleh dikitar semula contohnya kertas, plastik, logam dan kaca. Barangan lain seperti perabot, barangan elektrik, bahan binaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula tetapi masyarakat kurang peka untuk memulakannya.
 Beli produk yang boleh dikitar semula
Jika membeli barang di pasar raya, kita harus membeli barang dalam bekas yang boleh dikitar semula seperti tin, bekas plastik dan bekas kaca.
 Beli produk yang di buat daripada bahan kitar semula
Anda boleh mengetahui sesuatu produk itu mesra pengguna daripada label produk tersebut.
 Elakkan dari membeli barangan yang merbahaya
Produk yang mengandungi bahan berbahaya sukar untuk dikitar semula. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan tidak membeli produk yang mengandungi bahan-bahan toksik.
 
Tong kitar semula dan pusat pengumpulan
Kenalpasti lokasi tong kitar semula atau pusat pengumpulan yang berhampiran dengan kawasan anda bagi memudahkan penghantaran barangan kitar semula.


Diharapkan dengan artikel ini, kalian mendapat informasi berguna berkaitan kitar semula..walaupun ringkas, semoga informasi yang diberikan dapat memberi kesedaran kepada semua pembaca tentang kepentingan memelihara alam semula jadi bumi kita..kalau bukan kita yang menjaganya, siapa lagi bukan...marilah renungkan bersama..Wink